Pernahkah kita terfikir akan dosa-dosa kita terhadap kedua ibubapa kita? Pernahkah kita teringat akan pengorbanan mereka terhadap diri kita sejak kita dilahirkan? Adakah kita pernah rasa bersyukur kita dilahirkan dan dijaga sepenuh hati mereka? Bidalan orang tua, kita dijaga seumpama MENATANG MINYAK yang penuh, berkorban jiwa dan raga. Kasih ibu di bawa hingga ke syurga, kasih ayah sanggup berlapar dahaga berkorban nyawa, itulah antara bidalan yang pernah kita dengar dan diajar masa bersekolah dahulu.
Bolehkah kita membayar kembali akan pengorbanan mereka dengan wang ringgit???? Walau sebesar mana pun gaji kita, walau berpuluh ribu gaji kita dapat setiap bulan, tidak sama nilainya pengorbanan mereka terhadap kita.
Walaupun setiap bulan kita menghulur wang ringgit beribu tapi bukan itu yang mereka mahukan dari kita sebenarnya. Pernahkah kita terfikir apa yang mereka hendak dari kita sebenarnya???? Apa yang mereka kehendaki adalah kasih sayang, perhatian. Bukannya wang ringgit semata.
Pernahkah kita terfikir akan dosa kita mengabaikan kedua ibubapa kita. Apakah sudah cukup pengorbanan yang kita
lakukan selama ini terhadap ibubapa?
Tidak pernah kita terfikir akan dosa yang kita lakukan terhadap ibubapa. Sedangkan seekor nyamuk dan semut menggigit di tubuh badan kita pun dimarahnya.
Kenapa ada segelintir masyarakat yang sanggup menghantar ibubapa ke pusat jagaan orang tua. Bahagiakah hati kita
melihat orang lain yang menjaga & menyayangi ibubapa kita?
Sedangkan masa kita sakit, susah & menderita, merekalah tempat kita mengadu ,meminta pertolongan, nasihat,
pandangan dan segalanya. Tapi, Apa bila kita sudah dewasa, Ada Kerjaya, WANG banyak mengalir seperti SUNGAI, kita lupa akan segala pengorbanan mereka. Kita lupa kasih
sayang mereka terhadap kita selama ini.
Marilah kita sama-sama renungkan, andai kata mereka atau kita yang terdahulu diSELIMUTkan dengan KAIN PUTIH,
tidak sempat kita memohon keampunan dari mereka.
Kita perlu sentiasa ingat, tidak semestinya KELAPA TUA saja yang GUGUR tetapi PUTIK KELAPA pun boleh gugur ke bumi.
Masihkah kita ingat masa kita bersekolah rendah, ibu akan menyisir rambut kita sebelum ke sekolah, ayah akan
menghantar kita ke sekolah mencari ilmu supaya kita menjadi orang yang berguna 1 hari nanti. Begitu besar pengorbanan mereka. MANIS jangan terus di telan, PAHIT jangan terus di buang, itulah bidalan orang tua. Hidup kita hanya dipinjamkan sementara saja. Kasih sayang mereka membawa ke SYURGA. Bukankah itu yang kita cari hidup di dunia ini. Jadi kepada sesiapa yang masih mempunyai ibubapa, jagalah, sayangilah, hargailah ibubapa kita sementara mereka
masih ada. Supaya kita tidak rasa menyesal kemudian hari. Dan kepada mereka yang sudah tidak mempunyai ibu dan bapa, marilah kita berdoa supaya roh mereka ditempatkan
bersama-sama orang yang beriman. Moga dosa-dosa mereka dan kita diampunkan Tuhan yang maha esa.
Sempena bulan mulia, Ramadhan yang bakal tiba dalam beberapa hari lagi, tunaikanlah hak kita dengan memohon pengampunan dariNYA. Jangan lupa Hak kita sebagai anak memohon pengampunan dariNYA bagi dosa-dosa kedua ibubapa kita. Amin