Wednesday, September 25, 2013

PERSOALAN DUGAAN...

Dugaan...
Bagaimana cara kita menangani dugaan, baik yang besar, mahupun yang kecil?
Dugaan yang datang bukan satu, kadang-kadang ia datang serentak. Dah Jatuh Bagai di Timpa Tangga Pula.... Bagaimana harus kita atasinya?

Boleh ke kita anggap dugaan ini, seperti soalan-soalan peperiksaan, dalam bentuk soalan-soalan kehidupan. Keputusan ada gagal, lulus dan cemerlang. Nak jawap peperiksaan, kena belajar, nak belajar semestinya ada cikgu/guru/pensyarah/uztaz dll. Tapi siapa yang akan mengajar menjawap soalan-soalan kehidupan & dugaan?

Sudah tentu, Denai pun tidak mempunyai jawapannya. Anda bagaimana?

Ada sesetengah insan, mengambil jalan mati dengan menamatkan nyawanya sendiri kerna berpendapat sudah tiada faedah hidup di dunia. Yang mana, boleh dikatakan sudah tidak sanggup menghadapi dugaan demi dugaan. Sayang seribu kali sayang,... Disinilah pentingnya Rukun Iman yang ke 6:- Beriman kepada Qada & Qadar
Sesiapa yang rajin membaca, boleh rujuk link berikut berkenaan dengan Qada & Qadar, nukilan daripada Buku Pasca Syahadah:
https://www.facebook.com/permalink.php?id=356415154427945&story_fbid=367028436699950

Sungguh kata bidalan, tiada kejayaan tanpa kegagalan, kerna kegagalan yang mengajar kita erti kejayaan. Begitu juga dengan dugaan yang datang, anggaplah ia demi kekuatan iman.

Sesiapa yang rasa resah, gelisah, sempit dada, tidak boleh bernafas dengan sempurna,... Jangan bersedih. Anda tidak berseorangan, Allah swt sentiasa bersama dengan kita. Denai pun sama, tidak terlepas berdepan dengan dugaan, terutama wang!!! Lagi terhimpit bila ada pihak lain yang menyalahkan diri kita. Sememangnya mudah menyalahkan pihak lain daripada mengaku kesalahan diri sendiri,...Jangan bersedih, anggaplah ia sebagai dugaan yang menguatkan iman.
Betul!!!...Bercakap lebih mudah daripada melakukannya, tapi percayalah, cuba langkah pertama dengan kita tenangkan hati, mengakui kesalahan diri walaupun bukan kesalahan kita & cuba menerima/meneliti intipati dugaan, sekurang-kurangnya dalam 3 hari, Insyaallah hati kita lebih tenang menghadapinya. Lebih tenang daripada mula-mula berhadapan dengan dugaan tersebut.
Bagi Denai, kena percaya esok masih ada/peluang untuk kita memperbetulkan diri. Peluang untuk berdepan/mengatasi dugaan duniawi. Alangkah bahagia sekiranya sifat itu sentiasa berada dalam hati, menjadi sebati dalam diri, membentuk iman percaya pada Qada & Qadar. Tanamlah dalam hati, Allah swt sentiasa melindungi diri kita, walaupun dengan dugaan yang datang bertimpa-timpa.