Monday, October 21, 2013

Stokin Crochet

Akhirnya saya berjaya membuat stokin crochet...yeah!!! Happy betul...!!! Stokin ini adalah hasil cubaan yang ke-3 kalinya. Moral of the story, kita tidak akan tahu kita boleh sehingga kita mencuba berkali-kali. Mungkin tidak sempurna sepenuhnya dari segi kekemasan, gabungan warna dan aksesori, tapi saya puas hati. 2 hari 2 malam saya buat, akhirnya timbul juga bentuknya dan siap untuk dipakai.


Cubaan yang Ke-3 Ditambah dengan Reben sebagai Aksesori

Friday, October 11, 2013

BODY & FACIAL SCRUB CROCHET

Body Scrub Crochet

Kegunaan : Membersihkan debu-debu di badan. Kalau dilihat dari segi rupa memang tidak menarik, tapi sangat-sangat terkesan di kulit bila selesai mandi dengan menggunakan Body Scrub ni. Of course saya dah guna, itu sebab saya promote kat sini.
Proses Pembuatan: 1~2jam (agak slow, sbb masih amatur..;) )
Bahan-bahan: Benang kait dan span
Harga: RM5 (Tiada stok ready made ye, kena order/tempah dulu. Harga tidak termasuk kos penghantaran)



Facial Scrub Crochet

Kegunaan: Sama seperti yang dinyatakan diatas, cuma facial scrub untuk muka. Size besar tapak tangan sahaja(tapak tangan saya ye).
Bahan-bahan: Benang kait dan span
Harga: RM3

Sunday, October 6, 2013

Bag handphone...

Bag handphone
Proses pembuatan tidak lama, cuma memakan masa 1/2jam sahaja. Saya ni amatur dalam crochet/kait, jadi 1/2jam sudah kira cepat.

Sekarang tengah buat beg lunch box size 4 segi. Kalau siap nanti, saya akan post.

Thursday, October 3, 2013

BEG KAIT

Hi kekawan, ini hasil kraf yang terbaru. Comel atau tidak?

 Proses pembuatan memakan masa 1 hari. Hanya pakai 2 gelung benang kait.