Sunday, July 6, 2014

Round Crochet Sofa cover

Small Crochet Sofa Cover. Kalau orang dulu-dulu panggil cebek, tak tau lah ejaan betul ke tak. Saya buat sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Cebek ni saya buat untuk kak zela. Baru siap 1 helai je. 5 pcs more to go.
Round Crochet Sofa Cover

Friday, July 4, 2014

Bantal Peluk Mini ~ Caterpillar pattern case

Bantal peluk mini!

Selain throw pillow empat segi, saya memang teringin sangat buat bantal peluk mini. Selalu nampak kat pelamin, cam cantik jer bentuk dia. So lepas ber~eksperimen proses mengunting & menjahit guna kain-kain lama, akhirnya confident untuk buat yang betul-betul. Saya pakai kain telekung lama untuk letak span & sarung lak saya guna kain dari seluar jeans lama. Span saya ambil dari bantal extra yang sedia ada. Ikutkan nak beli span baru, tapi tak tau dekat mana kedainya.

Bantal peluk mini
Rasa seronok sangat bila dah siap. Nak baring kat kusyen pun seronok, tak payah bawa bantal tidur ke hulu ke hilir bila nak landing tu. Saya suka suka suka sgt! Next projek nak buat bantal peluk untuk bilik tidur lak...