Round Crochet Sofa Cover |
Sunday, July 6, 2014
Round Crochet Sofa cover
Small Crochet Sofa Cover. Kalau orang dulu-dulu panggil cebek, tak tau lah ejaan betul ke tak. Saya buat sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Cebek ni saya buat untuk kak zela. Baru siap 1 helai je. 5 pcs more to go.
Friday, July 4, 2014
Bantal Peluk Mini ~ Caterpillar pattern case
Bantal peluk mini!
Selain throw pillow empat segi, saya memang teringin sangat buat bantal peluk mini. Selalu nampak kat pelamin, cam cantik jer bentuk dia. So lepas ber~eksperimen proses mengunting & menjahit guna kain-kain lama, akhirnya confident untuk buat yang betul-betul. Saya pakai kain telekung lama untuk letak span & sarung lak saya guna kain dari seluar jeans lama. Span saya ambil dari bantal extra yang sedia ada. Ikutkan nak beli span baru, tapi tak tau dekat mana kedainya.
Bantal peluk mini |
Rasa seronok sangat bila dah siap. Nak baring kat kusyen pun seronok, tak payah bawa bantal tidur ke hulu ke hilir bila nak landing tu. Saya suka suka suka sgt! Next projek nak buat bantal peluk untuk bilik tidur lak...
Sunday, May 18, 2014
Cara-cara buat Anak Tudung ~ DIY!
Okay, hari ini saya nak kongsi cara-cara buat anak tudung. Simple sangat-sangat. Biasa harga pasaran RM3~RM8. Saya guna kain jenis cotton lycra, daripada tudung-tudung yang tak berapa sedap bila dipakai. Kira project recycle lah gak.
So, 1st step ~ Ukur dan gunting. Boleh ikut ukuran anak tudung yang sedia ada yang sedap dipakai.
2nd step ~ Pin keduanya, pastikan bahagian betul dibahagian dalam, sebab kita akan terbalikkan bila siap dijahit nanti.
3rd step ~ Jahit bahagian panjang kiri dan kanan
4th step ~ Terbalikkan ke bahagian yang betul, cantum bahagian warna yang sama. Kemudian cantum kiri dan kanan bahagian kain. Done!
Step ni tak termasuk jahitan tepi, sebab saya tak wat pun. Terpulang pada anda untuk jahit tepi atau pun tidak. Selamat mencuba.
Friday, May 16, 2014
Denim Bag ~ DIY
Denim bag ni, hasil dari my old jean jumpsuit. Saya buat size kecil, muat h/p, purse & umbrella je. Buat ikut pattern tote bag. Simple, yet hard to sewn those thick jean hem. Terpaksa jahit tangan kat part yang tebal.
Monday, May 12, 2014
Fall in love with Shawl Half moon.....
Lately, saya ada try buat tudung syria, tapi punyalah susah nak buat kelim tepi. Sampai tension tahap gaban masa menjahit tu. Baru belajar menjahitlah katakan, mesin jahit lak 2nd hand(but I love it). Solution yang saya ambil selepas 2 dan 3 kali jahit kelim, saya wat roll hem guna tapak cam gambar kat bawah ni. Kurang skit sakit ati masa menjahit.
Method tu pun saya wat after beberapa hari surfing internet...huhuhu haru. Yang lebih haru, saya tak dapat ukuran yang betul untuk bahagian muka ke dagu. Terasa tercekik masa pakai.
Mood dah down untuk terus menjahit tudung.
After almost 2 week, thru the internet too, I came across Shawl halfmoon toturial. Senang gila cara pakai, & nampak kemas. Untuk tidak membazir duit, saya modified old shawl yang dah lama tak dipakai. Bentuk shawl yang sedia ada empat segi tepat kan, lipat kepada dua & at the edge shawl, lukis lengkungan cam gambar kat bawah, then gunting.
Jahit tepi part yang digunting, done. Happy sangat bila dah siap tu. Terus test & falling in love with shawl halfmoon. Sedar tak sedar, semua shawl yang saya ada telah siap diubah rupa menjadi shawl halfmoon.

Monday, April 21, 2014
DIY SARUNG KUSYEN
Don't get me wrong ye, i just being creative. Daripada bendera tu semua jadi sampah sarap, baik saya buat sarung kusyen...hihihi. Bendera ni, saya ambil masa PRK Kajang yang lepas. Hari ni baru siap...fuhhh..1st time buat sarung kusyen. Jenuh juga menjahit, tapi berbaloi dengan hasilnya. 1 helai bendera cukup untuk 1 helai sarung kusyen.
Guna cara tekap jer. Kena jugak adjust skit2 ukuran masa potong tu.
Guna cara tekap jer. Kena jugak adjust skit2 ukuran masa potong tu.
Thursday, April 17, 2014
DIY Handphone Cover
Benang warna merah x sempat nak snap. super easy klu nak wat, ambil masa dalam sejam lebih gak klu sambil-sambil tengok drama kt tv...hehehe..
Monday, April 7, 2014
Sunday, March 30, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)