Sunday, May 18, 2014

Cara-cara buat Anak Tudung ~ DIY!

Okay, hari ini saya nak kongsi cara-cara buat anak tudung. Simple sangat-sangat. Biasa harga pasaran RM3~RM8. Saya guna kain jenis cotton lycra, daripada tudung-tudung yang tak berapa sedap bila dipakai. Kira project recycle lah gak.
So, 1st step ~ Ukur dan gunting. Boleh ikut ukuran anak tudung yang sedia ada yang sedap dipakai.
      2nd step ~ Pin keduanya, pastikan bahagian betul dibahagian dalam, sebab kita akan terbalikkan bila siap dijahit nanti.
       3rd step ~ Jahit bahagian panjang kiri dan kanan
      4th step ~ Terbalikkan ke bahagian yang betul, cantum bahagian warna yang sama. Kemudian cantum kiri dan kanan bahagian kain. Done! 

Step ni tak termasuk jahitan tepi, sebab saya tak wat pun. Terpulang pada anda untuk jahit tepi atau pun tidak. Selamat mencuba.

Friday, May 16, 2014

Denim Bag ~ DIY


Denim bag ni, hasil dari my old jean jumpsuit. Saya buat size kecil, muat h/p, purse & umbrella je. Buat ikut pattern tote bag. Simple, yet hard to sewn those thick jean hem. Terpaksa jahit tangan kat part yang tebal.

Monday, May 12, 2014

Fall in love with Shawl Half moon.....

Lately, saya ada try buat tudung syria, tapi punyalah susah nak buat kelim tepi. Sampai tension tahap gaban masa menjahit tu. Baru belajar menjahitlah katakan, mesin jahit lak 2nd hand(but I love it). Solution yang saya ambil selepas 2 dan 3 kali jahit kelim, saya wat roll hem guna tapak cam gambar kat bawah ni. Kurang skit sakit ati masa menjahit.
Method tu pun saya wat after beberapa hari surfing internet...huhuhu haru. Yang lebih haru, saya tak dapat ukuran yang betul untuk bahagian muka ke dagu. Terasa tercekik masa pakai.
Mood dah down untuk terus menjahit tudung.

After almost 2 week, thru the internet too, I came across Shawl halfmoon toturial. Senang gila cara pakai, & nampak kemas. Untuk tidak membazir duit, saya modified old shawl yang dah lama tak dipakai. Bentuk shawl yang sedia ada empat segi tepat kan, lipat kepada dua & at the edge shawl, lukis lengkungan cam gambar kat bawah, then gunting.


Jahit tepi part yang digunting, done. Happy sangat bila dah siap tu. Terus test & falling in love with shawl halfmoon. Sedar tak sedar, semua shawl yang saya ada telah siap diubah rupa menjadi shawl halfmoon.