Saturday, February 21, 2015

10X Sel Stem + Perlindungan Antioksidan dengan kesan pemutihan Superb dalam 14 hari


Senze Salju White


~ Formula anti-penuaan yang mengandungi Rosentech TM Alpine Rose Stem Cell dengan 11 kandungan aktif dalam 1 pek kecil.
~Diperkaya dengan sel-sel stem buah-buahan(Epal, Manggis dan campuran Berry), 10000 Hydrolyzed Marine Collagen, antioksidan yang kuat(Tremella dan Ekstrak Pine bark), asid amino dan vitamin
~ Formula khas termaju untuk pemutihan kulit dalam bentuk minuman serbuk yang semulajadi untuk penyerapan dan bio-availabiliti yang maksimum


KESAN POSITIF DALAM 14 HARI:-

~ Menggebu dan memberi tona kulit cerah sekata dalam waktu yang singkat
~ Menentang tanda-tanda penuaan pramatang seperti kulit kusam, garis-garis halus, kedutan, kulit kendur dan bertompok-tompok
~Meningkatkan penghasilan kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit
~Mempercepatkan proses penyembuhan kulit dan menyingkirkan bahan buangan daripada kulit
~Antioksidan untuk melindungi kulit daripada kerosakan UV dan kesan proses pengoksidaan
~Mengurangkan perubahan warna kulit, jeragat, tona kulit yang tidak sekata dan ia mempunyai kesan pemutihan dan pencerahan kulit yang bagus
~Merangsang pembaharuan dan mempercepatkan proses pertumbuhan sel-sel kulit baru dengan mengembalikan awet muda
~Meningkatkan kelembapan kulit, menghidratkan kulit dari dalaman, wajah menjadi berseri dan cantik

Produk ini mendapat pengiktirafan daripada:-
HUBUNGI KAMI DI HOTLINE: 011-2305 2955, 03-8723 2835

PENGHANTARAN PERCUMA KE RUMAH ANDA!!!

Apa Kata Pakar

Menurut Valeria Kong Swee Hwa, Pakar Nutrisi, Hospital Pakar KPJ Klang

~Kolagen daripada sumber semulajadi adalah selamat untuk dimakan dan tidak memberi kesan negatif kepada tubuh manusia. Namun, perlu berhati-hati kerana mungkin menyebabkan reaksi alahan terhadap sesetengah orang.
~Kolagen tidak menyebabkan penambahan berat badan, sekiranya berlaku peningkatan berat badan, besar kemungkinan ia mengandungi bahan kimia seperti steroid dan kandungan tersembunyi.
~memainkan peranan penting untuk kesihatan sendi-sendi tulang dan proses pemulihan luka


Menurut Dr Suzana Hasnan, Doktor Kulit dan Estetik, Klinik Suzana, Johor Bahru

~Kolagen perlu untuk menentukan kekuatan otot, tendon, tulang rawan, salur darah dan organ-organ lain dalam tubuh
~beli dan guna produk yang telah mendapat sijil-sijil pengiktirafan
~pengguna perlu berhati-hati dengan produk dipasaran yang mengandungi bahan terlarang yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan, penyakit kencing manis, kegagalan fungsi buah pinggang dan alahan
~sesuai diambil ketika perut kosong dan minum air secukupnya

Sumber Artikel Apa Kata Pakar daripada:- Majalah RAPI Edisi Jan 2015

Thursday, February 19, 2015

Senze Salju White + Milky Skin + Milky Skin The Premium

SENZE SALJU WHITE


Dengan SEMANGAT BARU, TEKAD BARU, tempat kerja pun baru, SAYA NAK BERWAJAH BARU...hehehe. Ok, kat atas saya tempelkan gambar saya sebelum dan selepas bersama teman saya, yg diambil pada tahun 2014. Kawan saya memang comel, kulit gebu. Sangat jauh berbeza dengan kulit wajah saya yg kusam, kering, sun burn dan cengkung. 
Dulu saya memang tak jaga kulit muka langsung, tepek je bedak kompak. Sebenarnya apabila umur kita mencecah 30-an keatas, adalah sangat wajib jaga kulit wajah. Sebab kalau tunggu nanti-nanti, makin payah nak pulihkan kulit wajah.
REZEKI langkah KANAN, tahun 2015, saya berpeluang bekerja di syarikat yang menjual Produk Kecantikan dan Kesihatan. Saya mencuba Senze Salju White selama seminggu, bersamaan 1 BOTOL (14 sachet). Hasil sebelum dan selepas, boleh tengok sendiri kat gambar. Tabiat saya masih tak berubah, iaitu touch up dengan bedak kompak jerrr. Cuba ada penambahan sebelum tepek bedak kompak, saya pakai Milky Skin selama 5 minit, pastu cuci, then baru touch up dengan bedak kompak.
Milky Skin-Day Cream
Milky Skin The Premium-Night Cream
3 PRODUK (Salju White + Milky Skin + Milky Skin The Premium) adalah produk wajib yang saya minum dan guna setiap hari, walaupun kadang-kadang tak ikut sangat. Walaupun sekejap pakai, sekejap terlupa HASILnya MEMANG MANTOP. 
Boleh follow kami di page Produk Kecantikan dan Kesihatan Senze

https://www.facebook.com/pages/Produk-Kecantikan-dan-Kesihatan-Senze/709341355830346?ref=hl 

 "Together We Create Beauty Inside Out"....

Sunday, July 6, 2014

Round Crochet Sofa cover

Small Crochet Sofa Cover. Kalau orang dulu-dulu panggil cebek, tak tau lah ejaan betul ke tak. Saya buat sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Cebek ni saya buat untuk kak zela. Baru siap 1 helai je. 5 pcs more to go.
Round Crochet Sofa Cover

Friday, July 4, 2014

Bantal Peluk Mini ~ Caterpillar pattern case

Bantal peluk mini!

Selain throw pillow empat segi, saya memang teringin sangat buat bantal peluk mini. Selalu nampak kat pelamin, cam cantik jer bentuk dia. So lepas ber~eksperimen proses mengunting & menjahit guna kain-kain lama, akhirnya confident untuk buat yang betul-betul. Saya pakai kain telekung lama untuk letak span & sarung lak saya guna kain dari seluar jeans lama. Span saya ambil dari bantal extra yang sedia ada. Ikutkan nak beli span baru, tapi tak tau dekat mana kedainya.

Bantal peluk mini
Rasa seronok sangat bila dah siap. Nak baring kat kusyen pun seronok, tak payah bawa bantal tidur ke hulu ke hilir bila nak landing tu. Saya suka suka suka sgt! Next projek nak buat bantal peluk untuk bilik tidur lak...


Sunday, May 18, 2014

Cara-cara buat Anak Tudung ~ DIY!

Okay, hari ini saya nak kongsi cara-cara buat anak tudung. Simple sangat-sangat. Biasa harga pasaran RM3~RM8. Saya guna kain jenis cotton lycra, daripada tudung-tudung yang tak berapa sedap bila dipakai. Kira project recycle lah gak.
So, 1st step ~ Ukur dan gunting. Boleh ikut ukuran anak tudung yang sedia ada yang sedap dipakai.
      2nd step ~ Pin keduanya, pastikan bahagian betul dibahagian dalam, sebab kita akan terbalikkan bila siap dijahit nanti.
       3rd step ~ Jahit bahagian panjang kiri dan kanan
      4th step ~ Terbalikkan ke bahagian yang betul, cantum bahagian warna yang sama. Kemudian cantum kiri dan kanan bahagian kain. Done! 

Step ni tak termasuk jahitan tepi, sebab saya tak wat pun. Terpulang pada anda untuk jahit tepi atau pun tidak. Selamat mencuba.

Friday, May 16, 2014

Denim Bag ~ DIY


Denim bag ni, hasil dari my old jean jumpsuit. Saya buat size kecil, muat h/p, purse & umbrella je. Buat ikut pattern tote bag. Simple, yet hard to sewn those thick jean hem. Terpaksa jahit tangan kat part yang tebal.

Monday, May 12, 2014

Fall in love with Shawl Half moon.....

Lately, saya ada try buat tudung syria, tapi punyalah susah nak buat kelim tepi. Sampai tension tahap gaban masa menjahit tu. Baru belajar menjahitlah katakan, mesin jahit lak 2nd hand(but I love it). Solution yang saya ambil selepas 2 dan 3 kali jahit kelim, saya wat roll hem guna tapak cam gambar kat bawah ni. Kurang skit sakit ati masa menjahit.
Method tu pun saya wat after beberapa hari surfing internet...huhuhu haru. Yang lebih haru, saya tak dapat ukuran yang betul untuk bahagian muka ke dagu. Terasa tercekik masa pakai.
Mood dah down untuk terus menjahit tudung.

After almost 2 week, thru the internet too, I came across Shawl halfmoon toturial. Senang gila cara pakai, & nampak kemas. Untuk tidak membazir duit, saya modified old shawl yang dah lama tak dipakai. Bentuk shawl yang sedia ada empat segi tepat kan, lipat kepada dua & at the edge shawl, lukis lengkungan cam gambar kat bawah, then gunting.


Jahit tepi part yang digunting, done. Happy sangat bila dah siap tu. Terus test & falling in love with shawl halfmoon. Sedar tak sedar, semua shawl yang saya ada telah siap diubah rupa menjadi shawl halfmoon.