Friday, July 19, 2013

TEKANAN....

Tekanan? Ye, berbagai tekanan di dalam kehidupan kita ini. Ada tekanan dari segi anak-anak, suami, isteri, adik-beradik, pekerjaan, kewangan dan bermacam-macam lagi tekanan yang perlu kita lalui dan atasi.
Tapi bagaimana kita hendak atasi setiap tekanan atau masalah yang datang dengan betul dan tenang? Adakah kita akan mengambil jalan singkat atau jalan yang jauh untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Semuanya terletak diatas diri kita sendiri. Hanya kita yang dapat menentukan jalan yang bakal kita pilih, orang lain tidak dapat membantu menyelesaikan tekanan yang kita hadapi. Mereka hanya dapat memberi pendapat dan nasihat sahaja, selebihnya kita yang menentukan jalannya.
Jadi persiapkan diri kita, fokuskan pemikiran kita yang waras untuk menerima tekanan atau masalah yang datang dengan hati yang terbuka.
Peganglah pada pepatah...Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa... Susah kita yang rasa, senang kita jua yang merasa. Begitu dalam bidalan orang-orang dulu. Marilah kita renungi maksud yang tersurat lagi tersirat. Setiap keputusan dan tindakan, pasti ada tanggungjawab/ikrar yang perlu dipikul. Ingat hanya kita yang menentukan bagaimana hendak menyelesaikan tekanan dan masalah yang kita hadapi, kerana jangan nanti kita persalahkan orang lain diatas tindakan dan keputusan yang kita buat sendiri. Dan akhir bicara, marilah kita berdoa pada Allah swt, semoga kita diberi akal fikiran yang baik dan dipermudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat. Amin Amin Amin......

SEBAGAI HAMBA ALLAH SWT

Sebagai hamba Allah swt, selalukah kita bersyukur pada-Nya? Selalukah kita mengingati-Nya ketika kita senang? Kebanyakan manusia hanya mengingati-Nya, dikala dilanda kesusahan, musibah, malapetaka dan bencana. Ketika itulah kita teringat akan Allah swt.
Masa kita senang, banyak wang, kita lupa pada-Nya. Sedangkan dia yang memberi kita rezeki. Semewah mana pun rezeki yang kita ada, semuanya datang dari Allah swt. Tapi kita mudah lupa.
Kadang-kadang bila ditenung dalam-dalam, aku pun begitu juga. Aku lupa segala-galanya. MasyaAllah....
Kenapa aku jadi begitu, mudah lupa akan segala rezeki yang Allah swt berikan kepadaku. Walaupun sedikit mana pun rezeki yang Allah swt beri kepadaku, aku semestinya bersyukur, bukannya mengeluh, merungut.
Adakah aku sudah bertuhankan wang ringgit? Siapakah tuhan aku yang sebenarnya? Allah swt ataupun ringgit? Siapa yang patut aku sembah?
Sedangkan pabila kita dimasukkan ke liang lahad, yang gelap lagi sempit dan 7 langkah orang-orang meninggalkan kita, munkar dan nangkir akan menyoal kita, SIAPA TUHAN kamu? Adakah kita akan menyebut RINGGIT?  
SubhanaAllah..Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosa besar dan kecilku. Bersihkan lah jiwa dan hatiku dari bersifat Tamak, Bongkah, Takbur, Riak dan Kedekut.
Sepatutnya kita perlu sama-sama berkongsi kesenangan kita dengan orang-orang yang memerlukan bantuan kita. Marilah kita bersedekah dan mengeluarkan zakat.
Wahai hamba-hamba Allah swt, marilah kita sama-sama mengingati, bukan wang ringgit yang kita sembah, bukan wang ringgit yang kita bertuhankan selama kita dihidupkan.

Salam Ramadhan Al Mubarak...Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari hawa nafsu yang tidak terkawal.

Thursday, July 11, 2013

SUPPLEMENT MENJELANG RAMADHAN

Salam Ramadhan semua,

Denai ada cerita sebelum ni kan, yang Denai sering mengantuk semasa kerja. Tidak tertahan mata sehinggakan kunyah chew gum pun tak berkesan. Cuci muka pon tak jalan. Basahkan tengkuk pun tak lut juga. Makan coklat pun sama, kejap je hilangnya, pastu datang balik. Sampai sakit kepala tahan mengantuk. Minum kopi kaw peng leh gak tahan 2 jam, pastu ngantuk balik. Sekarang bulan ramadhan, tak kan nak pekena kopi kaw peng lak siang siang.....

Sabtu lepas, Denai balik kampung, kakak syorkan ambik Herbalife Omega 3 Fish Oil. Masa kakak promo tu, balun sebiji pagi(free), pastu malam tu balun lagi sebiji(free of charge) untuk nampak kesannya.
Keesokan harinya, nak lah cuba lagi, sebab tak nampak beza lagi. Apa lagi kakak Denai, terus suruh beli sebotol 60 biji tu, harga main ratus. Kata Kakak Denai TAK ADA BENDA FREE DALAM DUNIA NI!!! Percuma hanya untuk dua kali, kali ketiga kena beli. Kalau di congak-congak, tak lah mahal sangat, sebiji jatuh RM2-RM3 jer, sama harga kopi kaw peng kegemaran Denai tu. Sehari pun, bukan nak telan sepuluh biji, sebiji pon dah mencukupi.
So Denai pun beli, sebabkan Denai ni adik dapat bayar ansur 2 kali, tu pun dari stok untuk kegunaan peribadi dia. Sekarang ni dah 6 hari, Alhamdulilah kurang mengantuk.
Kakak Denai kata Herbalife Omega 3 Fish Oil adalah makanan tambahan untuk otak dan jantung, bukan untuk menghilangkan mengantuk. Kalau mengantuk selalunya kurang tidur ataupun kurang oksigen, katanya lah.
Alhamdulillah, walaupun berpuasa, mata tak mengantuk dan masih ada tenaga untuk melakukan kerja di pejabat dengan tenang. Sesuai untuk anak-anak yang nak ambik exam, membantu menguatkan ingatan. Percaya atau tidak...terpulang pada anda.
Sesiapa yang nak order dan cuba produk ni, boleh order dengan kakak saya. Kakak saya adalah independent distributor yang berdaftar dengan Herbalife.

Kalau nak tau lebih lanjut berkenaan khasiat dan kandungan produk ni, boleh ke laman web Herbalife seperti dinyatakan dibawah;
http://www.herbalife.com/?gclid=CMqBseH9qLgCFSwF4godXmIA-Q

Salam manis Ramadhan Al Mubarak dari Denai dan seisi keluarga...:)

Friday, July 5, 2013

My Sweet HP Crochet


Salam Jumaat, semua. Semoga di hari jumaat yang mulia ini, kalian semua ceria-ceria belaka.

Here I attach a picture of my poor Nokia h/p. Putrivi selalu jatuhkan h/p, retak seribu jadinya. Nak dibuang sayang, nak disimpan, tak pula beli h/p yang baru. Jadi nak cover sedikit sebanyak yang compang camping tu, Putrivi pun buat cover h/p crochet.


Taaadaaa.....!!!

Pandangan dari depan, cover key pad no. yang dah hilang tu dengan bunga biru
Image dari belakang dengan sekuntum bunga biru juga

Agak-agak rasa comel & sweet gitu, Putrivi pun cover h/p dengan crochet nie & bawa ke office. Adalah sorang budak ni, boleh dia kata h/p tu sejuk ke sampai nak pakai sarung. Hampeh betul..#$%^#?!!!
Memang tak tau menghargai seni, budak lelaki lah katakan.

But until now, my h/p still wear its. So sweet...:)..kiu kiu kiu...




Thursday, July 4, 2013

ACCESSORIES HARI RAYA

Disini, Putrivi kongsikan 2 jenis pattern Sarung Bekas Biskut Kait dengan gabungan 2 warna.


Sarung Bekas Biskut kait dengan dilengkapi top pom-pom
Gabungan warna benang kait hijau dan kuning. Bukan sahaja bekas biskut kaca, plastik pun sesuai/boleh digunakan.


Pattern yang telah siap dengan pelbagai gabungan warna
Semua Pattern ini Putrivi jual dengan Harga = RM5/pcs, manakala 1SET(6pcs sama warna)=RM24 sahaja.


Gabungan warna pink dan biru cair.













Wednesday, July 3, 2013

BOTTLE HOLDER CROCHET/ BEG BOTOL KAIT

Salam Khamis, semua.

Hari ini Putrivi akan berkongsi Bottle Holder Crochet/Beg botol kait.

Harga di pasaran: RM10 sahaja.

Sesuai untuk anak-anak bawa ke sekolah.
P003.1 Bottle Holder Crochet






Bottle Cover/Holder with flower



Bottle cover color mix with green and black

Tuesday, July 2, 2013

EGG HOLDER(CROCHET)/SARUNG TELUR KAIT


Salam semua,

Disini Putrivi sertakan 4 pattern sarung telur kait.
* Harga pasaran: RM1.00/pcs untuk semua pattern dipaparkan dibawah.
* Tempahan 50pcs keatas perlu membuat pembayaran deposit terlebih dahulu, sebanyak 50% daripada bayaran keseluruhan.
* Harga tertera tidak termasuk kos penghantaran
* Tempahan boleh dibuat mengikut warna pilihan anda.
*Tempahan harus dibuat sebulan awal, sebelum tarikh penyerahan.
*Anda yang berminat boleh emailkan pertanyaan di putrivi81@gmail.com atau lawati fan page di facebook Putrivi.

P004.1 Egg Crochet /Sarung Telur Kait

P004.1 Bentuk dari depan setelah dimasukkan telur
Sesuai untuk dijadikan wedding door gift









P004.2
P004.2 Bentuk dari depan setelah dimasukkan telur










P004.3
P004.3 Bentuk dari sisi setelah dimasukkan telur










P004.4
P004.4 Bentuk dari sisi setelah dimasukkan telur