Thursday, July 11, 2013

SUPPLEMENT MENJELANG RAMADHAN

Salam Ramadhan semua,

Denai ada cerita sebelum ni kan, yang Denai sering mengantuk semasa kerja. Tidak tertahan mata sehinggakan kunyah chew gum pun tak berkesan. Cuci muka pon tak jalan. Basahkan tengkuk pun tak lut juga. Makan coklat pun sama, kejap je hilangnya, pastu datang balik. Sampai sakit kepala tahan mengantuk. Minum kopi kaw peng leh gak tahan 2 jam, pastu ngantuk balik. Sekarang bulan ramadhan, tak kan nak pekena kopi kaw peng lak siang siang.....

Sabtu lepas, Denai balik kampung, kakak syorkan ambik Herbalife Omega 3 Fish Oil. Masa kakak promo tu, balun sebiji pagi(free), pastu malam tu balun lagi sebiji(free of charge) untuk nampak kesannya.
Keesokan harinya, nak lah cuba lagi, sebab tak nampak beza lagi. Apa lagi kakak Denai, terus suruh beli sebotol 60 biji tu, harga main ratus. Kata Kakak Denai TAK ADA BENDA FREE DALAM DUNIA NI!!! Percuma hanya untuk dua kali, kali ketiga kena beli. Kalau di congak-congak, tak lah mahal sangat, sebiji jatuh RM2-RM3 jer, sama harga kopi kaw peng kegemaran Denai tu. Sehari pun, bukan nak telan sepuluh biji, sebiji pon dah mencukupi.
So Denai pun beli, sebabkan Denai ni adik dapat bayar ansur 2 kali, tu pun dari stok untuk kegunaan peribadi dia. Sekarang ni dah 6 hari, Alhamdulilah kurang mengantuk.
Kakak Denai kata Herbalife Omega 3 Fish Oil adalah makanan tambahan untuk otak dan jantung, bukan untuk menghilangkan mengantuk. Kalau mengantuk selalunya kurang tidur ataupun kurang oksigen, katanya lah.
Alhamdulillah, walaupun berpuasa, mata tak mengantuk dan masih ada tenaga untuk melakukan kerja di pejabat dengan tenang. Sesuai untuk anak-anak yang nak ambik exam, membantu menguatkan ingatan. Percaya atau tidak...terpulang pada anda.
Sesiapa yang nak order dan cuba produk ni, boleh order dengan kakak saya. Kakak saya adalah independent distributor yang berdaftar dengan Herbalife.

Kalau nak tau lebih lanjut berkenaan khasiat dan kandungan produk ni, boleh ke laman web Herbalife seperti dinyatakan dibawah;
http://www.herbalife.com/?gclid=CMqBseH9qLgCFSwF4godXmIA-Q

Salam manis Ramadhan Al Mubarak dari Denai dan seisi keluarga...:)

No comments:

Post a Comment